Tuesday, November 10, 2009

Naik

Assalamualaikum.

Nyonya. "Ello, ini mahatir ka?"
Aku. "Ya, saya"

Nyonya. "Ini auntie song lah"
Aku. "Ok. Ada ape auntie?"

Nyonya. "Mahatir, bulan depan auntie mau naikkan sewa rumah lah"
Aku. "Erk, bape auntie?"

Nyonya. "Sikit saja. RM40 naik 1 bulan"
Aku. "Jadi rm400 lah auntie?"

Nyonya. "Betul-betul. Wah, mahatir banyak bijak lah!"
Aku. "Betul. Sejak azali lagi"

Nyonya. "Jikalau mahatir tak setuju, next month duduk free lah. Auntie kasik tolak sama deposit. Lepas itu mahatir, boleh keluar lah cari rumah lain"
Aku. "Eh, auntie. Saya tak ada cakap pun tak setuju. Naik sikit saja ma. Saya boleh bayar lagi"

Nyonya. "Ok-ok. Bagus lah itu macam. Bulan depan duit sewa kasik masuk RM400 ok"
Aku. "Ok auntie, tak da hal lah"

Nyonya - sila baca dengan itonasi slanga orang dari bukit
Aku - sila baca dengan itonasi seorang yang sungguh tawadduk

Sewa rumah baru naik.
RM40 mungkin kenaikan yang kecil.
Tapi.
Bagi rakyat marhaen macam aku ni.
Besar nilainya RM40 tu.

RM40 = 1 tin besar susu anak
RM40 = 56 keping lampin anak bersaiz L
RM40 = harga tiket bas dari Paka-Klang
RM40 = nilai barang-barang dapur untuk seminggu
RM40 = korang pikir lah sendiri.......

interior rumah yang aku sewa

No comments: