Tuesday, November 30, 2010

Momen Indah

Momen yang indah adalah apabila sudah 62 hari kau tidak bertemu dengan anak.
Lalu pagi tadi kau hubungi dia dari Lautan Hindi.
Dan dia memanggil kau.

"Babah, babah"

Serius aku rindu pada Muhammad Alif Haikal.
Menanti time-off terasa begitu lama sekali walaupun waktunya semakin hampir.
Pic adik 5 bulan lepas

Pulih Dari Luka

Okey, cukuplah tiga entry yang berunsurkan kelab jiwa luka.
Mulai entry ini, keadaan akan kembali seperti biasa.
Melainkan tiba-tiba roh sasterawan negara merasuk dalam jiwa aku, maka entry aku akan kembali berunsurkan kelab jiwa luka.
Akhir kata. Pesanan daripada penaja:

"Hadapi ujian dengan penuh stylo. Jangan bunuh diri. Dosa besar tu bai!"

Test III

Pernah tidak dalam hati kau ada taman yang penuh dengan bunga-bunga yang mekar berkembang.
Pernah tidak dalam hati kau penuh dengan warna-warni kehidupan.
Pernah tidak dalam hati kau penuh dengan kasih sayang.

Tetapi.
Tiba-tiba.

Bunga-bunga dalam taman mati layu.
Warna-warni kehidupan tinggal hitam putih sahaja.
Kasih sayang tiada lagi erti.

Apa yang perlu kau lakukan.

Tangisi bunga-bunga yang telah mati layu.
Bersedih akan suramnya warna hidup kau.
Berduka dengan hilangnya rasa kasih sayang.

Apa yang kau lakukan?


Sunday, November 28, 2010

Test II

Hidup ini penuh dengan kejutan dan ujian.
Ujian yang tidak pernah difikir dek akal.
Kejutan yang tidak pernah disangka-sangka.
Kesimpulannya......

"Janganlah kau tangisi apa yang bukan milik mu"

Wednesday, November 24, 2010

Test

Ujian itu adalah untuk menyucikan dosa-dosa kita yang telah berkarat.
Sekian.
Terima kasih.

Sunday, November 21, 2010

BBQ

Abang-abang welder sanggup menahan panas demi sesuap chicken wings. Dah sampai darat nanti lagi berpeluh-peluh sebab bergusti.

Thursday, November 11, 2010

Pak Kari


Siapa Pak Kari?
Aku tak kenal.
Ijan tak kenal.
Rais pun tak kenal.

Tetapi.
Pak Kari begitu popular sekali di mana-mana barge.
Pak Kari umpama artis bahkan boleh dikatakan bagaikan dewa.
Namanya senantiasa meniti di bibir anak kapal.
Aku cuba men-google-kan nama dia. Tapi tiada hasil.
Kenapa ya?
Siapa sebenarnya Pak Kari?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nah, ini sebabnya!
gambar sekadar hiasan

Pak Kari adalah pakar urut zakar dan produk minyak belacak beliau telah berjaya menembusi pasaran offshore. Ramai anak kapal yang berebut-rebut mendapatkannya. Anda mahu? Hubungi Lias Congo atau pun Md Nor.


Wednesday, November 10, 2010

Ceramah

"Tuan-tuan, kita semua kena buat demo di atas main deck la ni"!!!
"Pihak pengurusan buat tak tau aje dengan tuntutan kita"
"Lawan tetap lawan tuan-tuan"
"Berpantang menyerah sebelum bertarung"
"Kita mesti pastikan minyak Pak Kari dah sampai sebelum demob"!!!!!!
"TAKBIRRRRR"!!!!!!!

Hari Mengundi

Bukan saja di darat ada hari membuang undi.
Kami di atas kapal pun sama juga.
Biasanya aktiviti buang undi berlaku dalam situasi berikut:-

1. undi siapa yang nak balik awal; tak nak ikut towing ke base
2. undi siapa yang nak stand by kat darat sebab bunks tak cukup
3. undi siapa yang nak lompat ke kapal lain

Gambar di atas diambil di stern LTS 3000 sewaktu proses membuang undi siapa yang nak turun ke KK. Brader yang pegang buku tue welder foreman. Garang orangnya!

Kerja Sambilan


On duty: Mereka adalah pengimpal besi yang A punyerrr!!!
Off duty: Mereka juga pakar menyiang ikan
Aku: Memastikan mereka memakai PPE sewaktu aktiviti siang ikan

Antara spesies ikan yang terdapat di lautan Sabah

100/365 days

LTS 3000

Tahun 2010 lebih 100 hari hidup aku dihabiskan atas kapal ni.
Hari Kebangsaan.
Hari Raya Aidilfitri.
Hari Deepavali.
Semuanya aku sambut atas kapal ni.
Hujung tahun ni pun ada kemungkinan kena duduk lagi atas kapal ni dalam 20-30 hari.
Ape pun, semoga aku dapat turun beraya aidiladha kat kampung.