Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru Masihi

Salam.

Malam ini tepat jam 0000.
2009 akan pergi.
2010 muncul.

Ramai yang akan berpesta buih.
Ramai yang akan mabuk-mabuk.
Ramai yang akan muntah-muntah.
Ramai yang akan menyewa di hotel-hotel murah.
Ramai yang akan ghairah bersetubuh tanpa halal.

Dan esok di dada akhbar akan ada.

Ramai ditahan ketika berpesta buih.
Ramai ditahan ketika bermabuk-mabuk.
Ramai ditahan ketika sedap pancut dalam.

Dan mungkin 9 bulan 10 hari selepas itu.
Akan ada bayi yang tidak berdosa ditemui di masjid-masjid atau dalam tong sampah.
Berserta secebis nota.

"tolong uruskan bayi ini, saya tidak berdaya"


Selamat Tahun Baru

Secangkir Kopi Sepotong Roti

Salam.
Secawan kopi susu.
Sepotong Portugese Bread Toast.
Sedap memang sedap.
Ditambah lagi dengan pemandangan awek-awek yang mengiurkan.

Selesai membuat bayaran, baru perasan seperti ada satu kekurangan di kopitiam tersebut.
Logo HALAL tiada!

Aku bukan seperti para sahabat yang berusaha menjolok anak tekak sendiri sehingga memuntahkan kembali apa yang dimakan.
Cuma aku berazam untuk lebih berhati-hati di kali yang lain.

p/s: mungkin logo HALAL ada, cuma aku yang tak perasan

Pindah Masuk

Salam.
Pindah rumah memang memenatkan.
Dah 5 hari pindah tapi barang-barang masih tak siap susun lagi.
Tempat baru ni memang menarik.

Kawasan yang sunyi.
Jiran-jiran yang ramah.
Kariah yang aktif.

Bandar Putera, penghuni anda telah bertambah tiga orang lagi!

Wednesday, December 30, 2009

Pindah Keluar

Salam.
Selamat tinggal Telok Panglima Garang :(

Cleaning In Progress

Salam.
kelihatan dua manusia sedang membersihkan rumah di Bandar Putera

Thursday, December 24, 2009

Perancangan Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Khamis 24/12/09
Petang: Habis kerja, gerak balik Selangor
Malam: Ambil kunci rumah

Jumaat 25/12/09
Pagi: Cuci-cuci rumah
Petang: Ambil baby safety gate
Malam: Balut-balut sofa dan meja makan

Sabtu 26/12/09
Pagi: Angkat-angkat barang pindah rumah
Petang: Susun-susun barang kat rumah baru
Malam: Naik bas, gerak ke Kedah amik awek ngan anak

Ahad 27/12/09
Pagi: Gerak balik Selangor naik kereta
Petang: Sampai Selangor
Malam: Ehem-ehem...

Tuesday, December 22, 2009

Ada Peluang

Assalamualaikum.
Staff Appraisal Report

Ada peluang naik gaji ni. Dapat dalam RM18k sebulan sudah memadai. Boleh angkat estima sebijik.

Monday, December 21, 2009

Bosan

Assalamualaikum.

Hari ni merupakan hari kerja yang paling membosankan. Disebabkan tak ada kerja dari pagi, lepas makan tengahari aku mulakan operasi X. Dekat 20 blogger template aku muat turun. Akhirnya ini yang jadi pilihan aku. Esok lusa, kalau tak ada kerja lagi. Ini lah kerja yang akan aku buat. Datang sini kalau nak ushar template yang agak cara.

Saturday, December 19, 2009

Balik Muo - 1

Assalamualaikum.

Wetex Parade, Muar

Tempat ni merupakan shopping complex yang tersohor di Muar. Kedudukannya yang strategik di Bulatan Sulaiman telah berjaya menarik orang ramai untuk menghabiskan not-not ringgit mereka di sini. Bahkan kewujudan Wetex Parade telah menyebabkan pasaraya Hock Hai dan Senyum gulung tikar meninggalkan pasaraya Astaka sebagai hero tua yang bertahan sejak zaman aku sekolah lagi.
Penyewa terbesar di dalam Wetex Parade adalah pasaraya The Store dan bahagian selebihnya dikongsi oleh penyewa-penyewa lain. Dah lama aku tak jejak kaki kat sini. Ada dekat dua tahun. Petang tadi tergerak nak datang sini. Itupun sebab nak cari cd Winnning Eleven terbaru ngan nak ushar wallet untuk suri aku. Banyak dah perubahan yang ada dalam bangunan ni. Antaranya:-

1. Dah ada kaunter informasi
2. Dah ada surau. Aku ulang S.U.R.A.U
3. Dah ada kopitiam 434
4. Dah ada Chicken Rice Shop
5. Dah ada Sony Centre
6. Dah nak ada kedai sushi
7. Dah ada farmasi
8. Kedai dvd cetak rompak di kaki lima dah tak ada
9. Kedai PS2 yang aku selalu main game dah tak ada
10. Kedai cd komputer dan game cetak rompak dah tak ada

Muar sekarang semakin maju. Cuma satu aja kekurangannya. Bila nak ada panggung wayang? Tak ada ke tokei-tokei kaya kat luar sana nak wat pelaburan?

kaunter informasi di tingkat bawah

Thursday, December 17, 2009

Tahun Baru

Assalamualaikum.

Petang ni lepas maghrib dah masuk tahun baru hijrah.
Kalau dikira-kira, rasa-rasanya tahun ni pahala lagi banyak dari dosa.
Sebab dah kahwin. Setiap kali bersetubuh bersamaan dengan pahala bunuh syaitan.
Betul ke? Wallahuallam.

Azam tahun baru?
Sama seperti tahun-tahun yang sudah.
Nak jadi muslim sejati. Masih belum tercapai.

Wednesday, December 16, 2009

Merajuk

Assalamualaikum.

Orang selalu cakap hanya manusia yang punya hati dan perasaan.
Tapi haiwan pun ada hati dan perasaan juga.
Malahan ada yang lebih berperikehaiwanan berbanding manusia yang tidak berperikemanusiaan, buang anak merata-rata.
Dah lah sedap main, lambat cabut, dapat anak buang pulak.

Dan yang terkini, kereta pun ada perasaan.
Dalam sebulan ni, aku ada berniat nak jual kereta aku.
Dan sejak dua minggu lepas dia merajuk dan buat hal.

Minggu lepas air cond compressor rosak.
Kena ganti baru. Melayang rm570.
Hari ni, radiator bocor pulak. Mintak-mintak lah boleh welding aja. Kalau tak, memang sakit lah. Nak pindah rumah lagi hujung bulan ni.

Mintak - mintak lah ada bonus hujung tahun ni. Bonus tiga bulan gaji pun sudah memadai.

Tuesday, December 15, 2009

Parents or Penis?

Assalamualaikum.

Panorama : Rumah Sewa Sang Suami Yang Sangap Duduk Jauh Dari Isteri

Assalamualaikum.


Hidup memang tak terurus bila berjauhan dari yang tercinta

Tuesday, December 08, 2009

Bila Kucing Sakit Gigi

Assalamualaikum.
Macam ni lah jadinya bila bos tak ada!

Banjir

Assalamualaikum.


Aku tinggal di bandaraya Muar. Sepanjang aku hidup 27tahun kat sini, tak pernah sekali pun banjir. Banjir di daerah Paka merupakan banjir yang pertama kali aku alami selain daripada banjir di atas katil. Selama dua minggu berturut-turut hujan turun tanpa henti-henti menyebabkan Paka banjir.

Punca-punca banjir di Paka

1. Sistem perparitan yang macam haram.

2. Projek mencantikkan jalan dengan membina divider tanpa ada laluan air. Bijak sungguh arkitek yang design nya.

3. Orang kat Paka suka banjir sebab tu banjir lapan kali setahun pun dia orang tak kisah.

Tips-tips menghadapi banjir

1. Parking kenderaan anda di pejabat.

2. Pergi balik kerja naik kenderaan kompeni. Ini dapat mengelakkan enjin kenderaan anda dimasuki air apabila meredah air banjir.

3. Pergi keluar makan malam sebelum jam 10malam. Kalau lewat, memang makan megi jawabnya.

4. Tidur malam atas katil untuk elakkan diri digenangi air yang naik dengan mendadak.

Apapun kepada penjaga, ibu bapa, makcik-makcik, pakcik-pakcik. Pastikanlah anak-anak anda tidak belajar berenang waktu banjir. Bahaya woo!

Friday, December 04, 2009

Projek Hujung Minggu

Assalamualaikum.

1. Print resume dalam seratus dua ratus set.

2. Photostat sijil-sijil sejak zaman akil baligh sampai zaman jadi bapa dalam seratus dua ratus helai.

3. Compile item satu dan dua menjadi seratus dua ratus set yang sungguh komprehensif untuk dibawa semasa sesi temuduga atau untuk permohonan kerja.

4. Send e-mail ke mana-mana kompeni area selangor dengan harapan ada kekosongan untuk jawatan Safety and Health Officer.

5. Target salary : Basic RM3k + OT + other allowances = RM10k

p/s: - manusia punya asa, ALLAH punya kuasa
- item no 5 tue angan-angan saja buat masa ni

Tuesday, December 01, 2009

Rokok

Assalamualaikum.


Tahukah anda apakah maksud disebalik nama rokok?

DJARUM — Demi Jesus Aku Rela Untuk Mati.

DUNHILL — Dua Ustaz Naik Hotel Ingin Locok Locok.

MARLBORO — Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang.

SALEM — Saya Ada Lubang Engkau Mahu?

L&M — Lailahaillallah & Muhammadurrasulullah.

Oleh itu, hisap lah rokok L&M.

Tapi ada sahabat aku bitau sedap lagi hisap asap ekzos motor dari asap rokok.

Original post --->klik

Credit to Dewa Kebaikan