Monday, June 28, 2010

Beza

1 botol besar syampu Sunsilk di darat mungkin dalam belasan Ringgit Malaysia.
1 botol besar syampu Sunsilk di lautan adalah RM 30.00
Disebabkan kecuaian aku tertinggal syampu kat hotel masa demob di Bintulu, nak tak nak aku kena beli gak sebab rambut dah kasar cam berus dawai.

Beza?
Memang berbeza!

Thursday, June 24, 2010

Baru 40 hari di laut

Tapi mereka sudah mula sangap...

3 orang bapak orang dan 1 orang bujang
pasti no 2 dari kanan paling bergaya



Sunday, June 13, 2010

Sekejap

Hari ni dah 1 Rejab.
Lagi dua bulan Ramadhan menjelma.
Dah kena latih diri untuk berpuasa di atas laut.
Tahun nie nampaknya Ramadhan dan Syawal di lautan.

Haih!

Sekejap betul masa berlalu.

Saturday, June 12, 2010

Waktu Yang Sesuai

Biasanya sebelum memulakan sesuatu yang baru dalam hidup.
Aku akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

Cuma aku tidak mahu berjanji.
Kerana aku khuatir janji itu tidak akan dapat aku tunaikan.

Bersabarlah wahai sahabat.
InsyaALLAH aku akan menyusul.

Mungkin ini waktu yang sesuai untuk aku mencuba sesuatu yang baru.

World Cup 2010


Tidak dapat menyambut hari raya di darat pada tahun ini tidak mengapa
Kerana perlu tunggu satu tahun saja lagi untuk menyambutnya di darat (mungkinkah?)

Tetapi

Tidak dapat menonton World Cup tahun ini
Kena tunggu lagi empat tahun untuk menyaksikannya...

Kembalikan siaran tv satelit di atas kapal ini!!!

p/s: banyak hati merana di atas kapal kerana tidak dapat berjudi bola halal yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Wednesday, June 09, 2010

Halal Haram

Berjudi adalah haram.
Haram yang memang terang-terang untuk orang Islam.

Cuma,
Di negara Malaysia ini ada judi yang halal.

Sports Toto, halal.
Magnum 4D, halal.
Lumba kuda, halal.

Dan yang terbaru
Judi bola, halal.

Seronok duduk di Malaysia ini.
Segalanya boleh.

Malaysia Boleh!

Tuesday, June 01, 2010

Dua Tahun Sudah Berlalu

Salam.

Tahun pertama:
Aku di Paka, Terengganu.

Tahun kedua:
Aku di Bintulu Port, Sarawak.

Hanya SMS dan panggilan telefon menjadi penghubung.

Semoga kasih sayang kita semakin mekar bersemi.
Semoga ALLAH senantiasa mencucuri rahmat-Nya buat kita.
Semoga zuriat kita menjadi insan yang berjaya dunia akhirat.
Semoga keluarga kita bertambah bahagia hendaknya.

Happy Anniversary, sayang...