Wednesday, November 11, 2009

Dosa Pahala

Assalamualaikum.

Sedang sedap kau makan nasi lemak berlaukkan sambal kupang.
Datang seorang lelaki berpakaian kemas.
Lalu dia hulurkan sehelai kertas berwarna hijau.
Lantas tanpa mempedulikan privacy kau.
Langsung dia bercerita kebaikan yang tertulis di kertas hijau tersebut.

Dan kau ingin segera menghabiskan nasi lemak tersebut sambil hati kau berbisik.
"Ape jadah mamat ni? Tak nampak ke aku tengah makan."

Selesai lelaki tersebut berceloteh panjang.
Kau juga telah menghabiskan nasi lemak di pinggan.

Lalu dia bertanya.
"Encik berminat tak?"

Kau pun menjawab.
"Saya dah masuk insurans tut."

Dia pun membalas.
"Eh, encik yang tu orang kafir punya. Pelaburan yang encik masuk akan dilaburkan untuk kilang-kilang arak, kasino-kasino, kilang-kilang kondom, dan bermacam-macam lagi kilang yang haram. Kita sebagai orang Islam sepatutnya masuk insurans yang ada nama takaful saja. Encik telah menempah dosa-dosa selagi encik kekal dengan syarikat tersebut."

Kau pun menjawab dengan sinis.
"Camne encik boleh yakin insurans encik ni tak terlibat dengan pelaburan haram? Sedangkan syarikat induknya adalah bukan hak milik Islam 100%? Dosa pahala urusan ALLAH, bukan kita sebagai hamba yang menentukannya."



keratan kertas tersebut

No comments: