Pernah tidak dalam hati kau ada taman yang penuh dengan bunga-bunga yang mekar berkembang.
Pernah tidak dalam hati kau penuh dengan warna-warni kehidupan.
Pernah tidak dalam hati kau penuh dengan kasih sayang.
Tetapi.
Tiba-tiba.
Bunga-bunga dalam taman mati layu.
Warna-warni kehidupan tinggal hitam putih sahaja.
Kasih sayang tiada lagi erti.
Apa yang perlu kau lakukan.
Tangisi bunga-bunga yang telah mati layu.
Bersedih akan suramnya warna hidup kau.
Berduka dengan hilangnya rasa kasih sayang.
Apa yang kau lakukan?


No comments:
Post a Comment