Saturday, May 15, 2010

Sungguh Ini Kali Pertama Dalam Hidup Saya!

Salam.

Panjang sungguh tajuk entry saya kali ini.
Dan sudah lama saya tidak buat apa-apa entry.
Biasalah bila dapat cuti panjang.
Tentunya masa itu saya habiskan untuk "bersama isteri" dan mendidik anak.

Semalam saya telah kembali bertugas.
Kali ini saya telah ditugaskan di perairan Sarawak.
Dan semalam juga saya menjejakkan kaki buat kali ke dua di KLIA.
Kali pertama semasa menyertai rombongan sekolah dahulu kala.

Seperti biasa, untuk apa-apa aktiviti yang kali pertama saya lakukan, perasaan nervous and excited tue bersatu menjadikan hati saya berdebar-debar seperti malam pertama dahulu.
Rakan-rakan seperjuangan saya sampai jemu nak naik flight tetapi saya baru nak merasai pengalaman ini buat kali pertama.

Untuk mengambil tiket yang telah di-booking sahaja saya sudah seperti rusa masuk kampung. Apatah lagi semasa ingin check in. Beruntung saya kali ini kerana pemergian saya ke Bintulu ini ditemani oleh otai-otai dari pejabat. Jadi kurang sedikit lah perasaan kekampungan itu.

Di pendek kan cerita setelah selamat mendarat di Bintulu, kesimpulan yang boleh saya buat:
1. Naik flight sama macam naik bas. Bezanya, flight di udara.
2. Makanan dalam flight boleh tahan.
3. Pramugari muka macam pondan. Hilang selera saya nak ushar punggung beliau.
4. Tempat duduk kelas ekonomi lagi sempit dari tempat duduk bas ekspress.
5. Saya naik flight tersebut free. Kompeni tanggung. So, agak berbaloi pengalaman baru ini.

Sekian. Terima kasih.


No comments: