Wednesday, January 06, 2010

Petang Sabtu Di Bandar Putera

Salam.

Petang itu suasana aman damai di Bandar Putera. Langit masih lagi mendung sejak tengahari tadi. Mungkin hujan akan turun sebentar lagi. Aku sedang tekun men-tinted tingkap depan rumah aku dengan kertas berwarna hijau. Baru nampak cam islamik sikit rumah aku nanti. Namun, keasyikan aku membuat kerja terganggu tiba-tiba. Sayup-sayup aku dengar suara seseorang yang memang sumbang sedang melagukan lagu 4U2C, Fiona. Selesai lagu Fiona, lagu Stacy pulak, Pakai Buang. Makin lama muzik semakin kuat dan suara pun semakin sumbang. Selesai lagu Stacy, lagu yang lain pula menyusul. Selesai lagu yang lain, lagu yang lain-lain pula menyusul. Apahal pulak family depan rumah nie giat berkaraoke? Owh, rupa-rupanya sesi ujibakat Akademi Fantasia 8 telah bermula. Ok, makcik pakcik depan rumah teruskan usaha murni anda melahirkan seorang lagi artis realiti. Pastikan anak-anak punya rupa paras yang menawan. Suara sengau pun tak apa. Dah dapat masuk akademi nanti, sila pesan pada anak-anak:

1. Jangan tinggalkan solat
2. Kenang mak abah dalam doa mu
3. Buat-buat bercinta dengan peserta lain
4. Nangis rindu kat mak abah bila kamera fokus kat muka
5. Korang lah pikir pulak...

ptuihhh!

No comments: