Sunday, April 03, 2011

Breakdown di Highway

Apa yang perlu dilakukan apabila kereta breakdown di highway?

  1. Jangan panik. Relaks.
  2. Pastikan kenderaan anda di parking separuh atas jalan raya, separuh lagi di atas rumput. Kalau kenderaan anda mati-mati di tengah highway, singsing lengan baju dan tolak ke tepi. Jikalau anda seorang wanita, anda tahu apa yang perlu dibuat.
  3. Jika anda ada warning triangle, sila letakkannya sekurang-kurangnya 7 meter dari kenderaan anda.
  4. Call PLUS hotline 1-800-88-0000
  5. Beritahu lokasi anda di mana. Pastikan anda tengok penanda jalan(kayu kaler hijau yang ada nombor) yang paling hampir dengan lokasi anda. Biasanya operator akan bertanyakan anda nombor penanda jalan tersebut.
  6. Sila tunggu dalam kereta sambil berzikir menanti kehadiran PLUS Ronda.
  7. Jangan buka pintu kereta jika ditegur oleh orang yang tak dikenali. Lebih-lebih lagi kalau breakdown di tengah-tengah malam.
  8. PLUS Ronda dah sampai, sila berikan kerjasama. Biasanya mereka akan mencuba membantu merepair setakat yang mampu. Jika gagal, kenderaan anda akan ditunda ke exit yang berhampiran.
  9. Tugas mereka tamat di sini. Tugas anda seterusnya adalah untuk mendapatkan nombor trak tunda atau bengkel kereta yang berhampiran. Sila Google atau kol pakwe, makwe, skandal, makcik, pakcik, dan mereka yang berkenaan.

No comments: