Wednesday, December 15, 2010

Kad Ajaib

Inilah kad yang ditunggu-tunggu selama ini. Kad yang mempunyai seribu satu kebaikan. Kad yang mampu menjadikan hidup anda bertambah bahagia. Memperkenalkan Kad Bio Energy.

Antara kelebihan kad ini ialah:

  • membantu kekalkan kesegaran makanan dalam peti sejuk
  • membantu tumbesaran bunga-bunga, sayuran, dan tumbuhan lain
  • meningkatkan kecergasan serta tenaga
Cara penggunaan mudah saja:
  • mahu makanan kekal segar, letakkan bersebelahan makanan tersebut
  • letakkan di mana-mana poket pakaian anda. Untuk kesan yang menakjubkan ikat di kemaluan anda
  • dan yang terbaik adalah, rendam kad dalam air mutlak selama 15 minit, dan minum air tersebut
Insya-Allah berjaya.

Pergh! Tak pernah aku jumpa produk MLM sungguh fakap seperti ini. Orang-orang yang dungu, bebal, dan bodoh sahaja akan percaya dan terpikat dengan kata-kata hikmah agen MLM. Memang betul WTF-lah kad ini. Semoga kita semua terhindar daripada tipu daya agen MLM. AMIN.

No comments: