Saturday, January 30, 2010

Terakhir - Episod Akhir

Salam.

Tarikh: 28hb Januari 2010
Masa: 1600hrs - 1800hrs
Lokasi: HQ, Masjid Tanah, Melaka

Hari ini hari terakhir aku di HRSB. Diam tak diam hampir tiga tahun aku bekerja di sini. Tempat kerja yang paling lama aku bertahan. Banyak yang aku belajar di sini. Sama ada yang aku belajar sendiri atau pun aku belajar dari otai-otai kompeni. Aku gembira bekerja di sini walaupun gaji ciput dan bonus belum pernah dapat. Untuk masa depan, aku perlu keluar dari tempat ini. Aku perlu bekerja di tempat yang kerjaya aku boleh berkembang selaras dengan imbuhan yang diberi. Alhamdulillah, sejak 2010 menjengah. Rezeki aku agak murah. Banyak panggilan temuduga yang diterima dan ada yang telah menawarkan kerja. Apa pun, Isnin ini aku akan mula bertugas di tempat baru. Semoga aku akan sukses di sini. Kepada rakan-rakan di HRSB, semoga ikatan ukhwah kita akan berkekalan. Insya-ALLAH.

No comments: