Thursday, January 28, 2010

Setelah Hampir Dua Tahun Bersama, Ini Kali Pertama Kami Keluar Menonton Wayang

Salam.

Amacam? Panjang tak tajuk entri kali ini?
Ini memang kisah benar. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
Dekat dua tahun aku kahwin, ni first time g tengok wayang bersama-sama. Banyak sebab-musabab yang menyebabkan perkara ini berlaku.

1. Aku kahwin sewaktu wife sedang belajar lagi. So, tiada masa untuk layan wayang.
2. Bila wife dah habis belajar, aku pulak kena outstation ke terengganu selama setahun. Bila balik hujung minggu banyak aktiviti dihabiskan di dalam rumah.
3. Dan pada masa yang sama, wife mengandung. So, kami buat keputusan untuk kurangkan hiburan, banyakkan ibadat.
4. Muhammad Alif Haikal dilahirkan. Banyak masa dihabiskan untuknya.

Sekarang, MAF dah besar. 10bulan kira besar dah. Aku pun baru dapat kerja dekat-dekat ngan rumah. Jadi kami ingin kembalikan kehidupan kami seperti mana kami bercinta dulu. Semoga kehidupan aku, wife, dan MAF akan senantiasa mendapat rahmat dari-Nya. Amin.
sabtu lepas aku layan ngan wife, lawak gak

No comments: