Monday, January 11, 2010

Sepagi Dengan Abah

Salam.

"Mengail dengan ayah ku rasa bertuah, Pulang sebelum senja"

Masih ingat lagi dengan iklan skot emosyen?
Ya. Betul. Zaman kanak-kanak dulu iklan ini selalu keluar kat tv.

Tapi aku bukan nak cerita kisah memancing bersama abah. Kalau Hj Mohamad ajak aku memancing itu dah perkara ajaib ke-9 dalam dunia.

Pagi ahad semalam, aku pergi kebun dengan abah. Abah ajak aku dan emak pun suruh tolong abah. Sebagai seorang anak yang baik dan mengharapkan syurga Allah, aku gagahkan jua kaki ini kebun. Padahal perancangan pagi aku adalah nak ambil candu. Sampai di kebun, job task yang abah bagi kat aku adalah membunuh mana-mana pokok parasit menggunakan parang panjang yang mana matlamat jangka panjangnya adalah untuk menyelamatkan pokok sawit. Abah pulak buat kerja-kerja meracun. Dengan segera aku bertindak memancung mana-mana pokok yang tidak diingini sambil melibas ke pelepah sawit yang dah meliar. Ada rasa cam tenno gelap masa tu. Penat memang penat. Nak guna hikmat Api Syurga Meragut Lalang takut Haji Mohamad terkejut. Nanti dikatanya anak dia ni dah amalkan ilmu songsang. Kalo tak, setel aku musnahkan semua tumbuhan yang tidak diperlukan tu dalam sejenak masa. Guna hikmat peringkat pertama pun dah memadai. Apapun aku memang respek sama abah, ada dekat sejam setengah dia meracun tanpa henti tapi steady lagi. Aku pulak dah mengah-mengah. Yelah, nak kendong baby dalam perut lagi.

Selesai kebun kat Pt Amal Darat tue kami kerjakan, abah bawak aku bersiar-siar ke kebunnya di Pt Raja dan Pt Amal Tengah. Lagi dua bulan boleh lah beliau menuai hasil. Aku bookmark dah dalam kalendar, nak balik kampung masa tu. Mana tau beliau berkenan menghulur dua tiga rat kat aku. Hehehehe.

Nota kaki: Ini adalah aktiviti pertama aku bersama abah setelah aku mendirikan rumahtangga dan abah sudah tidak berniaga lagi

No comments: