Saturday, June 18, 2011

Badi

Pernah dengar perkataan badi?
Kalau tak pernah, sila rujuk kamus Dewan Bahasa Pustaka.

Badi ni ada macam-macam jenis. Antara jenis badi yang terkenal di kalangan bani melayu ialah:-
  1. badi mayat
  2. badi bangkai binatang
Badi mayat biasanya dialami setelah seseorang itu pergi menziarahi jenazah. Biasanya badi ini akan menyerang individu tersebut atau bayi di rumah (jika ada). Antara tanda-tanda terkena badi mayat, badan akan merasa seram sejuk dan muka menjadi pucat (bulu roma saya pun agak meremang ketika menaip entry ini). Manakala bayi pula akan menangis tidak tentu hala. Kadang kala high note. Kadang kala low note.

Badi bangkai binatang pula biasanya terkena pada bayi yang baru lahir. Namun punca sakit bayi itu biasanya disebabkan bapanya. Contohnya, orang larang pergi memancing, degil juga nak pergi memancing. Bila bayi lahir, bayi yang jadi mangsa keadaan.

Namun begitu, di zaman sains dan teknologi ini.
Di zaman i-phone menjadi mainan budak-budak sekolah menengah.
Di zaman i-pad kerajaan guna kat wad kanak-kanak sebagai mainan rutin.
Di zaman minyak petrol ada ron95 dan ron97.

Sakit disebabkan badi ini bukanlah masalah besar.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Memperkenalkan bedak baddi!

Kenapa anda perlukannya?
Sila klik di sini. [____]

Saya sudah milikinya. Anda bila lagi?

Wednesday, June 08, 2011

Saya dan Lima Jahanam - Episod 1

Saya ada lima rakan baik.
Kami telah berkawan sejak 16 tahun yang lalu.

Titik perkenalan kami adalah di SM Dato Sri Amar Di Raja, Muar.
Pada tahun tersebut kami mendaftar di Kelas Rancangan Khas.

Kenapa Rancangan Khas?
Sebab kami adalah insan-insan istimewa.
Insan istimewa yang perlu dihantar belajar di Kelas Rancangan Khas.

Masih segar di ingatan saya.
Pagi itu pada tahun 1995, ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Kami di minta beratur berdasarkan keputusan UPSR kami.
Barang siapa yang ada Gred C, maka ke kelas Pujangga lah dia.
Dan yang tiada Gred C akan masuk kelas Arif.

Saya masuk kelas Pujangga.
Bermakna ada Gred C dalam keputusan UPSR saya.

Di dalam kelas ini lah saya berkenalan dengan dua orang jahanam yang pertama.

Tuesday, June 07, 2011

Jam Tujuh Malam. Isnin hingga Khamis.

Saya seorang yang amat sukar untuk mengikuti drama bersiri melayu.
Drama bersiri melayu yang terakhir saya ikuti adalah Nur Kasih.

Dan kini sekali lagi saya terjebak dengan drama bersiri melayu yang sedang meletup di kaca televisyen.

Siti Saleha.

Anda berjaya membuatkan saya terpaku di depan televisyen sambil makan nasi goreng kampung.
Ah! Cepatlah habis drama bersiri ini sebelum berat badan saya naik semula.

Friday, June 03, 2011

Penghapus Dosa

Saya tidak pernah kena sakit yang teruk.
Sejak kecil sakit paling teruk saya adalah demam panas sampai meracau.

Namun apabila usia semakin bertambah dan hidup semakin singkat.
Saya diserang chicken pox. Tidaklah sampai meracau-racau seperti kena demam panas.
Tetapi gatalnya badan amat menyeksakan terutama sekali ketika memandu pulang ke kampung dari KL.

9 hari di kampung untuk proses kuaratin berbagi-bagai petua yang saya pelajari untuk cepat sembuh.

Pertamanya, minum air kelapa muda yang dipetik dari pokok tanpa jatuh ke tanah.
Petua ini saya dapat dari Mak Eton, rakan se-internet emak saya.

Keduanya, tidur atas daun yang saya lupa namanya untuk menghilangkan gatal.
Petua ini diturunkan khas oleh nenek saya.

Ketiganya, apabila luka-luka chicken pox sudah semakin kering. Sapu dengan bedak dari daun kesum (ok, yang ini saya hembus aja nama daun tersebut)
Petua dari emak saya.

Alhamdulillah, walaupun chicken pox penuh di muka dan badan.
Tidak semuanya meninggalkan parut.

Dan semoga chicken pox ini menjadi penghapus dosa untuk dosa-dosa kecil saya yang banyak.
Sekian renungan untuk hari jumaat ini.