Friday, December 31, 2010

Aku Bukan Robot


Alhamdulillah, segalanya sudah selesai dengan baik. Semoga kehidupan selepas ini akan bertambah baik dan senantiasa di dalam rahmat-Nya. Terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Hidup belum berakhir dan perlu diteruskan.

Wednesday, December 15, 2010

Sepetang Di Tanjung Emas

Sampai-sampai aja kat sini, papan tanda ni adik sondol dulu. Excited sangat.

 Sudah rosak tetapi masih dibiarkan. Bahaya untuk keselamatan anak-anak.

Adik dan Aniq

Muka tengah geram


Kita minum dulu!

Sepupu sepapat adik

Muka ahli syurga

Penghibur jalanan

Demi sesuap rezeki

Konpem brader nie pandai berenang sebab tue tak pakai life jacket

Akak nie duk main buih sabun untuk anak dia

Amoi ni pun nak turut serta

Yang untung aku sebab tak payah keluar modal untuk adik kejar buih-buih sabun

Singgah dulu beli jajan sebelum balik

Balik Muo kalau tak beli ini jajan memang tak cara

Kad Ajaib

Inilah kad yang ditunggu-tunggu selama ini. Kad yang mempunyai seribu satu kebaikan. Kad yang mampu menjadikan hidup anda bertambah bahagia. Memperkenalkan Kad Bio Energy.

Antara kelebihan kad ini ialah:

  • membantu kekalkan kesegaran makanan dalam peti sejuk
  • membantu tumbesaran bunga-bunga, sayuran, dan tumbuhan lain
  • meningkatkan kecergasan serta tenaga
Cara penggunaan mudah saja:
  • mahu makanan kekal segar, letakkan bersebelahan makanan tersebut
  • letakkan di mana-mana poket pakaian anda. Untuk kesan yang menakjubkan ikat di kemaluan anda
  • dan yang terbaik adalah, rendam kad dalam air mutlak selama 15 minit, dan minum air tersebut
Insya-Allah berjaya.

Pergh! Tak pernah aku jumpa produk MLM sungguh fakap seperti ini. Orang-orang yang dungu, bebal, dan bodoh sahaja akan percaya dan terpikat dengan kata-kata hikmah agen MLM. Memang betul WTF-lah kad ini. Semoga kita semua terhindar daripada tipu daya agen MLM. AMIN.

Tuesday, December 14, 2010

Pesanan Khidmat Masyarakat

Abang-abang jangan lupa pesanan dari Sazzy tau!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah selesai buat, jangan lupa pula yang ini

Monday, December 13, 2010

Seratus

Sekejap saja masa berlalu.
Entry yang pertama dulu bulan 10 2009.
Hari nie dah bulan 12 2010.
Dah setahun rupanya aku duk merapu.
Hari ni entry yang ke-100 aku tulis.
Sempena entry yang ke-100 nie.
Sila cari apa-apa yang berkaitan 100 dalam pic di bawah.

Thursday, December 09, 2010

.

Terima kasih atas semua layanan kau pada aku.
Akan aku ingat layanan "istimewa" kau sampai bila-bila.
Noktah.


Tuesday, December 07, 2010

LTS 3000


Inilah model LTS 3000, kapal yang aku duduk bertapa paling lama tahun ni.
140 hari aku ada atas ni.

p/s: kredit gambar untuk En. Nazri


Maal Hijrah

Sunday, December 05, 2010

Musafir

BOM - KUL
05th Dec 2010
2350hrs
Semoga dipermudahkan-Nya dan selamat sampai.
Insya-Allah.


Saturday, December 04, 2010

Syukur

Syukur Alhamdulillah.
Empat barangan keperluan harian naik harga lagi.

Petrol Ron97.
Diesel.
Gas asli cecair (LPG).
Gula.

Insya-Allah, selepas ini barang-barang keperluan harian yang lain pun akan turut serta naik harga.
Dan seperti biasa.
Harga empat barangan tersebut masih jauh lagi murah berbanding negara-negara jiran.

kenapa tulis pelarasan harga bukan kenaikan harga?

Friday, December 03, 2010

Mumbai Port




Alhamdulilah.
Selamat sampai di Mumbai.
Tunggu masa untuk pulang ke tanah air saja.
Pemandangan lebih kurang jam 1130 pagi.
Keadaan masih lagi berkabus di sekitar bandar Mumbai.
Sekian. Pang Ching Fei melaporkan untuk tivi11 dari Mumbai, India.

Thursday, December 02, 2010

Pulang

Petang tadi dapat forward e-mail dari pejabat Mumbai.
Minggu depan sudah boleh balik Malaysia.
Dalam hati mula ada taman.
Seronok. Sungguh seronok.

Nikmat Syurga

Makan malam di tengah-tengah lautan.
Nasi putih.
Lauknya ikan keli masak asam pedas dan sambal udang.
Ditambah pula dengan ulam-ulaman.
Bagaikan nikmat yang Allah turunkan dari syurga.