Wednesday, May 26, 2010

AlhamduLiLLah

Salam.

Alhamdulillah.
Selesai sudah satu masalah.
Semoga yang Maha Esa mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya.

Sunday, May 23, 2010

Ayam Daging

Salam.

Sudah 8 hari atas kapal.
Rutin harian aku adalah:-

1. Bangun tidur
2. Mandi
3. Makan
4. Fesbuk
5. Ronda-ronda kat site - maks 10 minit
6. Fesbuk
7. Makan
8. Fesbuk
9. Makan
10. Tidur
.
.
.
.
.
.
Cukup 60 hari jadi ayam daging aku nanti.

Tuesday, May 18, 2010

DSV Lewek Toucan

DSV Lewek Toucan

Salam.

Masuk hari ni dah 4 hari aku di lautan. Kali nie naik kapal kecik aje. Jauh beza dengan S3K yang aku naik sebelum ni. Gym x ade. Surau leh jemaah 4 org aje. Orang yang ke-5 kalau nak jemaah gak, terpaksa solat depan pintu lah. Astro x ada. Dan yang paling malang sekali x ada telefon nak kol anak bini. Kalo ada pun kat bridge. Itu pun telefon satelit. Berapa hinggit kena caj pun aku tak tau. Nasib baik internet ada. Kalo x ada gak, memang aku wat sakit gigi nak turun darat. Yang terbaik kat kapal ni, dia nye makanan. Walau pun lauk hanya 5 jenis tapi mmg menyengat selera lah. Niat di hati masa naik kapal aritu nak diet tapi sampai hari nie makan macam kerja teruk sangat aja. Bak kata iban "makai mayong, kerje memet". Lebih kurang gitu lah bunyi nye, aku pun tak pasti sangat. Apa pun kerja tetap kerja. Ada mulut yang nak kena sara kat rumah tu. Lagi 56 hari baru aku akan jejak darat semula.

Saturday, May 15, 2010

Sungguh Ini Kali Pertama Dalam Hidup Saya!

Salam.

Panjang sungguh tajuk entry saya kali ini.
Dan sudah lama saya tidak buat apa-apa entry.
Biasalah bila dapat cuti panjang.
Tentunya masa itu saya habiskan untuk "bersama isteri" dan mendidik anak.

Semalam saya telah kembali bertugas.
Kali ini saya telah ditugaskan di perairan Sarawak.
Dan semalam juga saya menjejakkan kaki buat kali ke dua di KLIA.
Kali pertama semasa menyertai rombongan sekolah dahulu kala.

Seperti biasa, untuk apa-apa aktiviti yang kali pertama saya lakukan, perasaan nervous and excited tue bersatu menjadikan hati saya berdebar-debar seperti malam pertama dahulu.
Rakan-rakan seperjuangan saya sampai jemu nak naik flight tetapi saya baru nak merasai pengalaman ini buat kali pertama.

Untuk mengambil tiket yang telah di-booking sahaja saya sudah seperti rusa masuk kampung. Apatah lagi semasa ingin check in. Beruntung saya kali ini kerana pemergian saya ke Bintulu ini ditemani oleh otai-otai dari pejabat. Jadi kurang sedikit lah perasaan kekampungan itu.

Di pendek kan cerita setelah selamat mendarat di Bintulu, kesimpulan yang boleh saya buat:
1. Naik flight sama macam naik bas. Bezanya, flight di udara.
2. Makanan dalam flight boleh tahan.
3. Pramugari muka macam pondan. Hilang selera saya nak ushar punggung beliau.
4. Tempat duduk kelas ekonomi lagi sempit dari tempat duduk bas ekspress.
5. Saya naik flight tersebut free. Kompeni tanggung. So, agak berbaloi pengalaman baru ini.

Sekian. Terima kasih.