Wednesday, April 14, 2010

Malas Macam Haram

Salam.

Sejak naik laut ujung bulan 2 aritu, aku rasa tak sampai 5 kali aku update blog ni.
Bukan tak ada masa. Cuma rasa cam tak best pulak duk lepak kat opis.
Aku rasa cam lagi best duk melayan perangai welder dan rigger kat atas deck atau jacket.
Layan borak dengan Barge Foreman.
Layan luahan perasaan rigger ttg pembangunan yang tidak kesampaian di kg mereka.
99% rigger atas kapal nie suku kaum Iban.
Melalak kuat2 atas top side dengan Rais, si QC yang kuat ngulor.
Lagu yang jadi pilihan dari kumpulan Dewa.
Kadang2 lagu Ahmad Jais leh jadik gak.

Apapun hujung minggu nie dah demob.
Tak tau bila lagi akan jumpe welder dan rigger yang sama nie.
Next time naik laut, maybe jumpa team lain pulak nanti.
Semoga di lain kali kita akan berjumpa lagi.


Tuesday, April 06, 2010

Muhammad Alif Haikal - 1 Tahun

Salam.
Selamat Hari Lahir Adik

Semoga menjadi
Anak yang soleh
Anak yang menyenangkan hati babah ngan mama
Insan yang cemerlang dunia dan akhirat

Friday, April 02, 2010

Dah Lebih Sebulan

Salam.

Kalau ada kawan kita pitam, apa nak buat?
Welder 1: bukak baju dia
Welder 2: bagi CPR
Welder 3: Tarik KO*E dia...

Kalau kawan kita terbakar, apa nak buat?
Rigger 1: bagi hadiah...

Itu dialog semasa sesi tool box dua hari lepas.
Dah lebih sebulan duduk atas kapal.
Semua kepala dah semacam.

Aktiviti atas jacket pun dah bertambah.
Sambil welding sambil nyanyi lagu Ahmad Jais.
Aktiviti urut-urut pun tengah giat berjalan.
Pil tongkat ali pun dah mula berlegar-legar dari bilik ke bilik.
Biasalah, dah dekat nak balik.
Satu badan nak kena servis dulu.