Saturday, January 30, 2010

Terakhir - Episod Akhir

Salam.

Tarikh: 28hb Januari 2010
Masa: 1600hrs - 1800hrs
Lokasi: HQ, Masjid Tanah, Melaka

Hari ini hari terakhir aku di HRSB. Diam tak diam hampir tiga tahun aku bekerja di sini. Tempat kerja yang paling lama aku bertahan. Banyak yang aku belajar di sini. Sama ada yang aku belajar sendiri atau pun aku belajar dari otai-otai kompeni. Aku gembira bekerja di sini walaupun gaji ciput dan bonus belum pernah dapat. Untuk masa depan, aku perlu keluar dari tempat ini. Aku perlu bekerja di tempat yang kerjaya aku boleh berkembang selaras dengan imbuhan yang diberi. Alhamdulillah, sejak 2010 menjengah. Rezeki aku agak murah. Banyak panggilan temuduga yang diterima dan ada yang telah menawarkan kerja. Apa pun, Isnin ini aku akan mula bertugas di tempat baru. Semoga aku akan sukses di sini. Kepada rakan-rakan di HRSB, semoga ikatan ukhwah kita akan berkekalan. Insya-ALLAH.

Thursday, January 28, 2010

Terakhir - Episod 2

Salam.

Tarikh: 26hb Januari 2010
Masa: 1130hrs - 1230hrs
Lokasi: Paka, Terengganu
Ini adalah housekeeping audit terakhir untuk kompeni sekarang. Gambarnya telah diambil tapi laporannya tak siap lagi. Terpaksalah pengganti aku yang buat nanti.

Setelah Hampir Dua Tahun Bersama, Ini Kali Pertama Kami Keluar Menonton Wayang

Salam.

Amacam? Panjang tak tajuk entri kali ini?
Ini memang kisah benar. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
Dekat dua tahun aku kahwin, ni first time g tengok wayang bersama-sama. Banyak sebab-musabab yang menyebabkan perkara ini berlaku.

1. Aku kahwin sewaktu wife sedang belajar lagi. So, tiada masa untuk layan wayang.
2. Bila wife dah habis belajar, aku pulak kena outstation ke terengganu selama setahun. Bila balik hujung minggu banyak aktiviti dihabiskan di dalam rumah.
3. Dan pada masa yang sama, wife mengandung. So, kami buat keputusan untuk kurangkan hiburan, banyakkan ibadat.
4. Muhammad Alif Haikal dilahirkan. Banyak masa dihabiskan untuknya.

Sekarang, MAF dah besar. 10bulan kira besar dah. Aku pun baru dapat kerja dekat-dekat ngan rumah. Jadi kami ingin kembalikan kehidupan kami seperti mana kami bercinta dulu. Semoga kehidupan aku, wife, dan MAF akan senantiasa mendapat rahmat dari-Nya. Amin.
sabtu lepas aku layan ngan wife, lawak gak

Terakhir - Episod 1

Salam.
Tarikh: 20hb Januari 2010
Masa: 1100hrs to 1300hrs
Lokasi: Melaka


Ini adalah lawatan tapak terakhir aku untuk kompeni yang aku dah berkhidmat hampir tiga tahun.

nota kaki: adalah menjadi satu kesalahan mengambil gambar secara curi-curi di dalam loji, sila jangan amalkan.

Monday, January 18, 2010

Gadis Bikini

Salam.
Apa kaitan gadis berbikini dengan bateri kereta? Sila emailkan jawapan anda ke bikini[at]yuhuu.com. Pastikan jawapan anda tidak melebihi 20 patah perkataan. Pemenang akan berpeluang minum high tea bersama gadis tersebut tanpa seurat benang.

Baru Satu

Salam.
Anak baru seorang tetapi rumah punya sepah cam anak dah ramai!

Langit Petang Jumaat

Salam.
Petang jumaat aritu berlaku gerhana matahari. Dekat sejam gak aku layan ngan budak-budak pejabat. Gambar nie diambil ngan kamera henpon. Esok lusa, kalau ada duit lebih. Aku beli kamera yang berkualiti sket.

Thursday, January 14, 2010

Tunggu Aku Datang

Salam.
GP, tunggu aku datang!

Monday, January 11, 2010

Sepagi Dengan Abah

Salam.

"Mengail dengan ayah ku rasa bertuah, Pulang sebelum senja"

Masih ingat lagi dengan iklan skot emosyen?
Ya. Betul. Zaman kanak-kanak dulu iklan ini selalu keluar kat tv.

Tapi aku bukan nak cerita kisah memancing bersama abah. Kalau Hj Mohamad ajak aku memancing itu dah perkara ajaib ke-9 dalam dunia.

Pagi ahad semalam, aku pergi kebun dengan abah. Abah ajak aku dan emak pun suruh tolong abah. Sebagai seorang anak yang baik dan mengharapkan syurga Allah, aku gagahkan jua kaki ini kebun. Padahal perancangan pagi aku adalah nak ambil candu. Sampai di kebun, job task yang abah bagi kat aku adalah membunuh mana-mana pokok parasit menggunakan parang panjang yang mana matlamat jangka panjangnya adalah untuk menyelamatkan pokok sawit. Abah pulak buat kerja-kerja meracun. Dengan segera aku bertindak memancung mana-mana pokok yang tidak diingini sambil melibas ke pelepah sawit yang dah meliar. Ada rasa cam tenno gelap masa tu. Penat memang penat. Nak guna hikmat Api Syurga Meragut Lalang takut Haji Mohamad terkejut. Nanti dikatanya anak dia ni dah amalkan ilmu songsang. Kalo tak, setel aku musnahkan semua tumbuhan yang tidak diperlukan tu dalam sejenak masa. Guna hikmat peringkat pertama pun dah memadai. Apapun aku memang respek sama abah, ada dekat sejam setengah dia meracun tanpa henti tapi steady lagi. Aku pulak dah mengah-mengah. Yelah, nak kendong baby dalam perut lagi.

Selesai kebun kat Pt Amal Darat tue kami kerjakan, abah bawak aku bersiar-siar ke kebunnya di Pt Raja dan Pt Amal Tengah. Lagi dua bulan boleh lah beliau menuai hasil. Aku bookmark dah dalam kalendar, nak balik kampung masa tu. Mana tau beliau berkenan menghulur dua tiga rat kat aku. Hehehehe.

Nota kaki: Ini adalah aktiviti pertama aku bersama abah setelah aku mendirikan rumahtangga dan abah sudah tidak berniaga lagi

Persembahan Terbaik

Dan pemenangnya adalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah......

SEARCH!

Giler mantap persembahan Search malam tadi.

Saturday, January 09, 2010

Ketagihan

Salam.

Serius. Aku memang tak bohong.
Aku ketagihan benda ni sejak zaman U dulu.
Kalau dalam seminggu tak dapat, memang gigil-gigil badan.
Hidup rasa tak lengkap.
Nak buat keje tak senang.
Nak mengawan apatah lagi.
Camner nak hilangkan pun aku tak tau caranya.
Ada sesiapa tahu apa ubatnya?
Ni pun aku baru amik dos ngan Rais.
Kurang sikit dia nye mereng.

Candu aku --> Klik

Musim Mengawan Belum Berakhir

Salam.

Hari ni baru masuk hari ke sembilan 2010.
Tapi undangan menghadiri pesta tamat zaman bujang dah ada tiga.
Semuanya kat Johor.

Dua orang budak maktab.
Sorang budak dato.
Bulan dua dua orang.
Bulan tiga sorang.

Jadual nak kena susun.
Tak cara lah kalo tak datang sebab dia orang datang masa aku kahwin.

nota kaki: musim mengawan sudah tidak kira masa sekarang!

Tak Balik

Salam.

Minggu ni aku tak balik mengawan.

Petang Selasa nanti baru balik.
Pagi Rabu pergi "mengail".

Mintak-mintak dapat sentap ikan tuna.

Wednesday, January 06, 2010

Petang Sabtu Di Bandar Putera

Salam.

Petang itu suasana aman damai di Bandar Putera. Langit masih lagi mendung sejak tengahari tadi. Mungkin hujan akan turun sebentar lagi. Aku sedang tekun men-tinted tingkap depan rumah aku dengan kertas berwarna hijau. Baru nampak cam islamik sikit rumah aku nanti. Namun, keasyikan aku membuat kerja terganggu tiba-tiba. Sayup-sayup aku dengar suara seseorang yang memang sumbang sedang melagukan lagu 4U2C, Fiona. Selesai lagu Fiona, lagu Stacy pulak, Pakai Buang. Makin lama muzik semakin kuat dan suara pun semakin sumbang. Selesai lagu Stacy, lagu yang lain pula menyusul. Selesai lagu yang lain, lagu yang lain-lain pula menyusul. Apahal pulak family depan rumah nie giat berkaraoke? Owh, rupa-rupanya sesi ujibakat Akademi Fantasia 8 telah bermula. Ok, makcik pakcik depan rumah teruskan usaha murni anda melahirkan seorang lagi artis realiti. Pastikan anak-anak punya rupa paras yang menawan. Suara sengau pun tak apa. Dah dapat masuk akademi nanti, sila pesan pada anak-anak:

1. Jangan tinggalkan solat
2. Kenang mak abah dalam doa mu
3. Buat-buat bercinta dengan peserta lain
4. Nangis rindu kat mak abah bila kamera fokus kat muka
5. Korang lah pikir pulak...

ptuihhh!

Strategi

Salam.

Sebagai seorang pengurus yang sungguh berpengalaman dalam Football Manager, mentaliti Gung Ho sering jadi pilihan aku apabila ingin melakukan serangan di 20 minit terakhir game dengan tujuan untuk mendapatkan gol kemenangan atau pun untuk elakkan kekalahan.

Sekarang mentaliti Gung Ho ini sedang aku praktikkan dalam kerjaya aku. Bezanya, aku mulakan dari awal-awal lagi. Ditambah pula aku berjaya mendapatkan pemain supersub. Tanpa berlengah lagi, aku terus membuat pertukaran pemain petang tadi.

Sekarang ni, aku sedang menunggu keberhasilan supersub tersebut dan taktikal yang aku gunakan. Perlawanan akan berakhir selewat-lewatnya bulan Mac 2010 ini. Itu indikator yang telah aku tetapkan.

Semoga berjaya. Insya-Allah.

serang jangan tak serang

Akhirnya

Salam.
Berjaya juga aku dapatkannya
Tanggungjawab kian bertambah

Tuesday, January 05, 2010

Kecil Saja.

Salam.Kecil saja enjin jet ni. Sebab tu ANGGOTA PANGKAT RENDAH TENTERA boleh bawa keluar dari negara. Depa selit celah seluar dalam sebab tue Kastam dan Imigresen tak dapat kesan langsung.