Wednesday, November 18, 2009

Pindah

Assalamualaikum.

Isteri aku dapat berpindah sekolah.
Awal bulan 12 kena lapor diri.

Dan aku sedang bekerja di luar kawasan.

Rumah tak dapat lagi.
Masa semakin suntuk.
Pilihan makin terhad.

Serabut!

Tuesday, November 17, 2009

Niat

Assalamualaikum.

Suara awek jepun kedengaran dari hp aku.
Tanda sms masuk.

"Ape niat bersetubuh?"

Cheh!
Selamat Pengantin Baru Jaz.

Wednesday, November 11, 2009

Dosa Pahala

Assalamualaikum.

Sedang sedap kau makan nasi lemak berlaukkan sambal kupang.
Datang seorang lelaki berpakaian kemas.
Lalu dia hulurkan sehelai kertas berwarna hijau.
Lantas tanpa mempedulikan privacy kau.
Langsung dia bercerita kebaikan yang tertulis di kertas hijau tersebut.

Dan kau ingin segera menghabiskan nasi lemak tersebut sambil hati kau berbisik.
"Ape jadah mamat ni? Tak nampak ke aku tengah makan."

Selesai lelaki tersebut berceloteh panjang.
Kau juga telah menghabiskan nasi lemak di pinggan.

Lalu dia bertanya.
"Encik berminat tak?"

Kau pun menjawab.
"Saya dah masuk insurans tut."

Dia pun membalas.
"Eh, encik yang tu orang kafir punya. Pelaburan yang encik masuk akan dilaburkan untuk kilang-kilang arak, kasino-kasino, kilang-kilang kondom, dan bermacam-macam lagi kilang yang haram. Kita sebagai orang Islam sepatutnya masuk insurans yang ada nama takaful saja. Encik telah menempah dosa-dosa selagi encik kekal dengan syarikat tersebut."

Kau pun menjawab dengan sinis.
"Camne encik boleh yakin insurans encik ni tak terlibat dengan pelaburan haram? Sedangkan syarikat induknya adalah bukan hak milik Islam 100%? Dosa pahala urusan ALLAH, bukan kita sebagai hamba yang menentukannya."



keratan kertas tersebut

Tuesday, November 10, 2009

Naik

Assalamualaikum.

Nyonya. "Ello, ini mahatir ka?"
Aku. "Ya, saya"

Nyonya. "Ini auntie song lah"
Aku. "Ok. Ada ape auntie?"

Nyonya. "Mahatir, bulan depan auntie mau naikkan sewa rumah lah"
Aku. "Erk, bape auntie?"

Nyonya. "Sikit saja. RM40 naik 1 bulan"
Aku. "Jadi rm400 lah auntie?"

Nyonya. "Betul-betul. Wah, mahatir banyak bijak lah!"
Aku. "Betul. Sejak azali lagi"

Nyonya. "Jikalau mahatir tak setuju, next month duduk free lah. Auntie kasik tolak sama deposit. Lepas itu mahatir, boleh keluar lah cari rumah lain"
Aku. "Eh, auntie. Saya tak ada cakap pun tak setuju. Naik sikit saja ma. Saya boleh bayar lagi"

Nyonya. "Ok-ok. Bagus lah itu macam. Bulan depan duit sewa kasik masuk RM400 ok"
Aku. "Ok auntie, tak da hal lah"

Nyonya - sila baca dengan itonasi slanga orang dari bukit
Aku - sila baca dengan itonasi seorang yang sungguh tawadduk

Sewa rumah baru naik.
RM40 mungkin kenaikan yang kecil.
Tapi.
Bagi rakyat marhaen macam aku ni.
Besar nilainya RM40 tu.

RM40 = 1 tin besar susu anak
RM40 = 56 keping lampin anak bersaiz L
RM40 = harga tiket bas dari Paka-Klang
RM40 = nilai barang-barang dapur untuk seminggu
RM40 = korang pikir lah sendiri.......

interior rumah yang aku sewa

Sunday, November 08, 2009

Lipan Bara : Teman Kembara

lipan bara

Assalamualaikum.

Anda kenal dengan haiwan di gambar atas?
Kisahnya begini;

Peristiwa ini berlaku sebulan sebelum bulan ramadhan.
Aku outstation di Paka.
Hujung minggu tiba, habis kerja bergegas balik ke Telok Panglima Garang.
Perjalanan biasanya akan mengambil masa selama tujuh jam.
Sedang sedap aku amik lap dengan kelajuan 120km/j, tiba-tiba aku terasa ada benda merayap-rayap atas kepala aku.
Dengan pantas aku menepisnya, sapp(sound effect) benda tu jatuh kat kaki aku.

Terkejut aku tengok benda tersebut.
Lipan bara sudah jadi penumpang haram dalam kereta aku.

Ini tidak boleh jadi.
Dah lah tak kongsi duit minyak.
Duit tol lagi aku bayar sorang.

Lipan bara tu pun bijak jugak.
Tak sempat aku nak pijak.
Dengan sepantas kilat beliau menyusupkan diri. Menyorok di celah-celah yang tak dapat aku capai.

Sampai kat Hentian Genting Sempah, aku sambar setin racun serangga.
Tanpa belas ihsan, satu kereta aku sembur dengan racun serangga tersebut.

15 minit berlalu. Senyap.
30 minit berlalu. Masih senyap.
45 minit pun masih senyap.
Lipan bara masih bersembunyi.

Ini sudah melampau. Aku start enjin kereta. Sambung drive. Tawakkal.

Lagi 20km nak sampai rumah. Baru beliau menonjolkan diri.
Dengan kejam, aku sembur racun serangga tersebut ke atas badan beliau.
Terus terkulai layu. Aku berhenti tepi KESAS. Kat tepi lebuhraya aku semadikan jasad beliau.
Tamatlah riwayat seekor lipan bara.

Aku sambung drive sambil dengar lagu Ekamatra - Pusara Lebuhraya

p/s: Sebenarnya aku cuak jugak masa drive tu. Serius besar beb.

Tuesday, November 03, 2009

Lambat


Anak sape ni? Kurang sopan sungguh.

Assalamualaikum.

Sepatutnya entry nie aku masukkan pagi isnin semalam
Tapi x sempat.
Pagi ni baru nak masukkan.
Kepada Rais dan Fana: Usaha Tangga Kejayaan.
Go Go Beach Soccer Club!

Sumpah Bunian


Assalamualaikum.

Malam tadi "Sumpah Bunian" ke atas diri aku telah berakhir.
Terima kasih kerana berjaya menghilangkan kebosanan aku pada malam hari.

Sunday, November 01, 2009

Impian

Assalamualaikum.

Aku impikan tidur malam aku ditemani isteri.
Aku impikan makan malam aku ditemani isteri.
Aku impikan pulang dari kerja isteri menanti di pintu rumah.
Aku impikan wajah pertama yang aku lihat setelah jaga dari tidur adalah wajah isteri ku.
Aku impikan malam ku dipenuhi dengan gelak tawa anak ku.
Aku impikan.......

p/s;
1. Ada siapa2 kat luar sana tau ada job 0 area Lembah Klang?
2. Pic di bawah adalah hero aku. Dah 2 minggu tak jumpa.


Muhammad Alif Haikal