Thursday, October 29, 2009

Sarang

Assalamualaikum.

Ini adalah sarang aku di Paka.
Sebenarnya bukan sarang yang benar-benar dikhaskan untuk aku.

Tapi.
Ia adalah sarang kepada Penolong Pengurus Operasi. Sekarang beliau berada di Gebeng bermandi peluh jaga shutdown di sana.

Jadi.
Aku sebagai anggota Unit Tindakan Khas yang diturunkan khas dari HQ di Melaka bebas berhibernasi di mana-mana sarang yang tidak bertuan buat seketika.

Dari sini lah;
Aku kemas kini blog setiap hari.
Aku layan Facebook.
Aku layan Mafia Wars.
Aku layan Premier Football.
Aku layan Keeley Hazell.

Nampak tak walkie talkie di sudut meja-di sebelah printer?
Itu lah alat telekomunikasi yang paling canggih di sini.
Dengan 1 panggilan, aku boleh siap bertukar pakai uniform berwarna hijau.
Sampai bila aku nak pakai uniform hijau ni?
Haih!

Kuda Tunggangan



Assalamualaikum.

Ini adalah kuda tunggangan aku.
Sudah lama dia berkhidmat dgn aku.
Hampir 4 tahun lamanya.
Byk kenangan aku dan dia.
Bermacam-macam yg telah kami lalui bersama.

Tayar bocor tgh jalan. Jarang2.
Temperature naik tiba2. Jarang2.
Aircond xberfungsi tiba2. Kadang2.
Radio mati tiba2. Selalu.


Masjid Tanah, Melaka-Teluk Panglima Garang, Selangor. Biasa.
Masjid Tanah, Melaka - Paka, Terengganu. Biasa.
Masjid Tanah, Melaka - Muar, Johor. Biasa.
Masjid Tanah, Melaka - P. Gudang, Johor. Biasa.
Paka, Terengganu - Teluk Panglima Garang, Selangor. Biasa.
Paka, Terengganu - Sg Petani, Kedah. Biasa.
Gurun, Kedah - Jitra, Kedah. Biasa.

Dulu.
Dia begitu gagah.
Dia begitu menawan.
Dia begitu meng-uja-kan.
Semua mata menjeling penuh cemburu jika berhenti di traffic light.
Semua gadis di kampung tertawan dengan warna metalik hitamnya. Kan hitam itu menawan.
Semua rakan persoalkan di mana aku rembat dia.

Kini.
Dia sudah uzur.
Sudah ada skru2nya yg tertanggal.
Sudah ada bunyi yg berdecit2 apabila memecut pada kelajuan 140.
Sudah ada seat yg terkoyak.
Sudah ada kesan kemek di punggungnya.
Sudah ada cat yang tertanggal di punggungnya jugak.

Dan.
Yg paling aku takuti.
Sudah ada karat di tubuhnya.

Aku kena bertindak segera.
Bertindak segera bermakna kos.
Kos bermakna kena keluarkan duit.
Keluarkan duit bermakna.......

Adusss!

Wednesday, October 28, 2009

1Malaysia

Assalamualaikum.

Pagi ni aku bangun dengan penuh bersemangat.
Penuh dengan semangat 1Malaysia yang diwar-warkan oleh pemerintah Malaya.

Jam 0745 aku telah berada di pejabat setelah siap dgn bersarapan.
Ini 1 rekod baru.
1 rekod yang melambangkan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh pemerintah Malaya.

Jam 1015 dengan semangat 1Malaysia yg berkobar-kobar seperti lagu 1-artis-Malaya-yg-aku-tak-tau-nama tu aku masuk site jumpe client.

Jam 1200 dengan semangat 1Malaysia yg berkobar-kobar juga aku keluar site nak g makan kat kedai makan 1Malaysia dgn Site Supervisor.

p/s:
1. Presentation aku berjalan dgn lancar tanpa ditemani oleh org2 kuat syarikat. Setelah sedikit penambah baikan JSA tersebut diterima oleh client.
2. Aku xpasti entry kali ni ada x kaitan dgn tajuknya.

Soalan

Assalamualaikum.

Semalam aku di soal bertubi-tubi.
Satu soalan demi satu soalan.
Soalan demi soalan yang aku tak mampu nak jawab.
Soalan yg telah lama telah jadi persoalan.
Soalan yg melibatkan ketentuan ILlahi.
Bagaimanakah harus aku menjawab?

Hadapi Dengan Senyuman

Assalamualaikum.

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

p/s: song by dewa

Ujian

Assalamualaikum.

Minggu ni byk betul ujian.
Dtg bertimpa-timpa.
Dtg satu demi satu.
Lepas satu, satu.
Betul2 menduga keimanan.
Moga aku diberi kekuatan oleh-Nya utk harungi segala.
Aku perlu berehat dan buat keputusan dgn segera.

Monday, October 26, 2009

Sibuk

Assalamualaikum.

Tiba2 saja hari ni aku ada byk kije.
Esok kul 1500 kena present JSA kat client.
Esok kena jumpe HSE Dept. tanye ape kes nak wat audit kat workshop?
Kan ke sume kije wat kat dalam plant aje. Hairan aku sekejap.
Kena siap sedia kalo kena terjah ngn client ni.
Aku tggl sorang aje kat sini.
Team lain suma dah naik Gebeng.

Baru igt nak bersenang-senang di pejabat.

Aduh, betul2 repot aku kali ni.

Sunday, October 25, 2009

Buntu

Assalamualaikum.

Hari nie Ahad.
Kat Pantai Timur kena kije.
Dan aku buntu.
Tak tau nak tulis ape.
G makan dulu ah!
Perut dah berkeroncong.

Thursday, October 22, 2009

Fobia

Assalamualaikum.

Fobia atau phobia dlm bahasa omputih.
Fobia adalah penyakit takut kepada sesuatu atau keadaan.

Contohnya;
Fobia kat tempat tinggi.
Fobia kat tempat rendah.

Fobia diraba.
Fobia meraba.

Fobia bersetubuh.
Fobia disetubuhi.

Fobia bl bergelap.
Fobia bl berterang.

Fobia kalo kenyang.
Fobia kalo lapar.

Fobia kalo kurus.
Fobia kalo gemuk.

Bercerita ttg fobia ni, aku ada sorang kawan yg ada penyakit fobia.
Beliau amat fobia bl mendengar perkataan atau ayat yang ada unsur kegemukan.

Contohnya;

1. Nape pipi ko naik dah ni?
2. Aku tgk ko nie maintain aje tapi nape muka ko makin besar?
3. Tembam lah pipi ko sekarang ni.
4. Ko ni makin berisi lah.

Aku pun heran. Nape beliau fobia sgt.
Beliau xtau betapa indah nye bertubuh badan cam aku nie.
Lepas makan boleh main usap2 perut.
Boleh ltk anak main loncat2 kat perut.
Balik rumah bini main geli2 kat perut.
Perghhhhhhhh....
Memang mantopppp....
Terus rasa nak balik umah malam ni.

Adakah beliau risau pelamin akan runtuh di waktu persandingan?
Usah risau, aku dan emon dah buktikan. Tak runtuh pun.

Adakah beliau risau perut yg besar akan mengganggu proses bersetubuh pada malam pertama?
Usah risau, aku dah buktikan dan sudah ada hasil.

Adakah beliau risau perut yg boroi, kemachoan akan berkurangan?
Usah risau, aku dah buktikan. Aku masih lagi macho dan beriman.

Tapi.
Aku tau beliau seorang yang cintakan makanan.

Amat lah kesian menyaksikan beliau terseksa melihat aku makan pada tgh malam.
Amat lah kesian menyaksikan beliau terseksa melihat aku menikmati keenakan dan kerapuhan struktur makanan pada setiap gigitan aku.

Amat lah kesian menyaksikan beliau terseksa menahan perut dengan hanya makan biskut pada waktu malam.
Amat lah kesian menyaksikan beliau terseksa menahan perut dengan hanya makan nasi sekali sehari.

Oleh itu, janganlah kita kufur nikmat.
Sementara yang maha Esa bg kita nikmat makan, makan lah kita.
Jangan dikekang nafsu makan itu.
Rugi nanti dan menyesal kelak bl yang maha Esa tarik nikmat makan tu.

Kepada encik beliau;

"Ko bernasib baik dah nak bertolak esok. Kalo lama lagi ko duduk ngan aku. Memang aku akan ajak ko menikmati keindahan makan malam yang menyelerakan di tebing Sg Paka setiap hari dan seterusnya menambahkan nilai kalori dlm badan ko."

Kenali beliau dgn lebih lanjut.
---> klik di sini

Tuesday, October 20, 2009

Dewa - Band Musik Indonesia

Assalamualaikum.

Aku mula kenal sama ini band waktu zaman universiti.
Memang mantap band ini.
Aku berkenalan ngan awek aku pun angkara band Dewa ni.
Banyak kenangan aku dan awek aku sama ini band.
Aku pernah bermotosikal sejauh 80km (serius jauh beb) semata-mata nak beli tiket nonton konsert ini band.
Tapi 2,3 menjak ni.
Aku ada dapat email cakap Dewa ni band yang berteraskan Yahudi.
Aku jadi serba salah, resah gelisah, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tetap kenyang.

Tapi.

Aku peduli apa. Pergi jahanam ngan email tu.
Dah aku minat dia. Aku layan aje lagu dia.
Bukannya aku solat letak CD Dewa depan sejadah.
Propaganda saja ini semua.

Semalam

Assalamualaikum.

Semalam;
Di Pantai Timur maksudnya adalah malam tadi.
Contohnya:
Semalam Ali tidak dapat bersenggama dengan isterinya.
Jadi ayat tersebut bermaksud;
Malam tadi Ali terpaksa menggunakan jarinya(atau .....) untuk melampiaskan hajatnya.
(semalam=malam tadi)

Tetapi di Selatan maksudnya adalah berbeza sekali.
Contohnya:
Semalam saya bersama bersama Abdul Wafi dan Jalizan makan mee rebus di warung Mak Awoi.
Maksudnya adalah;
Kami bertiga kekenyangan makan mee rebus semalam.
(semalam=hari sebelum hari ini)

Sekianlah, pelajaran bahasa untuk hari ini.
Murid-murid kena ingat ya! Kita adalah 1malaysia!

Kenapa?

Assalamualaikum.

Sebenarnya sudah lama aku meninggalkan dunia blog.
Coretan terakhir pada tahun 2006.
Pada masa itu, aku masih lagi tunangan kepada seorang gadis.
Kini tidak lagi.

Jadi;
Kenapa setelah tiga tahun aku kembali ke dunia ini.
Kenapa setelah tiga tahun aku ingin berkongsi rasa lagi.
Kenapa?

Kerana;
Aku bosan dengan kerja aku.
Aku diajak oleh teman baik untuk mencoret kembali.

Oleh itu;
Aku akan senantiasa mengemaskini blog ini.
InsyaAllah.